Wednesday, February 07, 2018

COKLAT VAN HOUTAN a.k.a COKLAT WASHINGTON

Asal usul Coklat Van Houtan

Cerita ni bermula di Amsterdam pada tahun 1828 dimana C.J.VAN HOUTEN mencipta proses pembuatan koko.Tidak lama kemudian Van Houten Koko dan serbuk coklat berjaya menakluki hati ribuan pencinta coklat.

Semakin hari, permintaan terhadap pengeluaran Van Houten semakin meningkat..Menurut sumber melalui aktiviti pengeluaran, penyelidikan dan pembangunan dapat menghasilkan coklat koko yang berkualiti dan ini meningkatkan lagi lebih banyak permintaan pada ketika itu.

Seolah- olah tradisi minum koko ini menjadi satu tabiat dan sentiasa berkembang bertahun-tahun lamanya. Van Houten adalah pilihan pertama bagi nenek (ibu-ibu) yang menyediakan minuman Koko di dapur mereka seluruh Eropah dan Amerika. Kini jenama ini mempunyai pasaran yang lebih luas.

Van Houten kini telah membangunkan pelbagai coklat berkualiti tinggi dan Koko minuman bagi memenuhi permintaan peminat Coklat.
Mereka berjaya merentasi pasaran dengan lebih daripada 1.6 bilion cawan coklat dinikmati di lebih daripada 40 negara di seluruh dunia pada tahun 2006.

Penciptaan produk baru ini sebagai tindak balas kepada trend pasaran yang sentiasa menjadi faktor penting dalam memastikan jenama ini segar dan hidup.Apa yang menariknya ialah rasanya yang berbeza-beza, rendah gula dan ini yang membuatkan peminat coklat dapat menikmatinya dengan cara tersendiri.

Boleh dimunum ketika pagi atau malam hari..Sedapnya kalau minum coklat panas atau sejuk..Whoaaa

Apabila anda memilih Van Houten, anda haruslah memilih: kualiti - ketulenan...lagi apa yek? (Sumber : vanhoutendrinks.com)


                                    


Image result for Van Houten Chocolates Box



https://cekodokraha.blogspot.com/




1 comment: