Wednesday, April 27, 2016

DAFTAR MYKAD UNTUK TEBUS MATA GANJARAN SEKARANG

Assalamualaikum..
hari ini kalau ke mana-mana, pasti akan mula orang dah mula bercakap-cakap mengenai Mykad Smart Shopper Program (MSSP). Jadi, kalau korang tak nak ketinggalan, jom terus aktifkan Mykad korang untuk dapatkan lebih penjimatan dan ganjaran daripada merchant yang terlibat di seluruh Malaysia.
Manfaat anda yang telah mengaktifkan MyKad adalah seperti berikut :-
  • Boleh dapatkan Diskaun dengan menunjukkan MyKad di tempat-tempat yang sudah mempunyai sistem MyKad Smart Shopper dengan melihat logonya.
  • Mendapat mata ganjaran yang boleh ditebus dengan setiap RM1 anda akan mendapat 1 Mata AJ. Boleh ditebus dengan caranya di sini. Mata tidak akan luput.
  • Anda tidak perlu membawa kad-kad diskaun yang lain dan hanya perlu membawa MyKad sahaja.
  • Boleh mencari kedai atau perkhidmatan dengan menggunakan aplikasi yang telah disediakan dengan produk iPad yang mana setiap kedai yang terlibat akan ditunjukkan menggunakan sistem GPS yang dikhaskan untuk MyKad Smart Shopper dengan kerjasama AJ dengan iPad.