Saturday, February 27, 2016

SALAH KE MINTA SEDEKAH?

Ini sekadar perkongsian, yang mana baik dijadikan teladan yang buruk kita elakan ye.

Alkisah masa tu Cik Raha dan kengkawan sedang menjamu selera di sebuah restoran tom yam.. tapi seperti biasa pelanggan yang datang ke restoran tu pasti akan berasa kurang selesa. (Mungkin bukan semua ).

Yang dimaksudkan kurang selesa tu bukanla sebab makanan atau keadaan kedai. Cuma bila ada orang datang untuk meminta sedekah.

Seorang lelaki ( cacat penglihatan)dalam lingkungan 40an memegang sebakul tisu kecil beserta beberapa sticker  surah Al-Quran.Pakcik ni dibantu pula oleh seorang wanita. Tapi yang pastinya pasangan ni keduanya cacat penglihatan.

Bila mereka berhenti di sebuah meja pelanggan menghulurkan bakul tisu, terus pelanggan tadi melenting..

"Pelanggan A : Hei pergilah sana. Asyik nk meminta duit orang je. Korang ni mesti sendikit kan? Nak menipu duit orang je. "

Pelanggan lain pon turut berikan perhatian pada meja pelanggan A. Tapi antara ramai pelanggan yang ada kat situ, cuma seorang ni je yang panggil pasangan ni ke meja makan.

Jadi dia Cik Raha gelarkan pelanggan B. Dia jemput pasangan ni menjamu selera sekali dengannya.Tapi pakcik ni tolak dengan alasan yang dia sudah makan dan sedang bekerja.

Pelanggan A tak puas hati terus dia maki lagi pasangan tua tu. Memang kelam kabut tokey kedai tu. Pelanggan yang lain pun naik hairan kenapa la pelanggan A ni masih tak puas hati dengan pasangan tadi.

Akhirnya tokey kedai tu mula bersuara, katanya sejak dari mula dia beroperasi sampai la hari ni (hari kejadian ) belum pernah ada pelanggan yang mengamuk marah orang minta sedekah.Lagi pun pakcik tu jual tisu. Xnak beli tak pe, tapi jangan sampai menghina.

Emh.. betul juga tu. Tapi kalau dia datang ke meja Cik Raha time tu, mungkin kiteorang akan beli tisu sekurangnya @ menolaknya dengan cara baik.

Tapi memang respect kot dekat tokey kedai tu. Walopon falsafah "Customer is always right"..tokey kedai tu macam xkisah. Malah dia siap minta maaf pula bagi pihak pelanggan A.

Kalau situasi ni jadi kat korang.. apa korang akan buat? Kongsi la pengalaman korang.

Thursday, February 04, 2016

NAK HILANGKAN JERAGAT DAN PARUT?

SERUM WAJAH

HARGA JUALAN
1 BOTOL RM10
5 BOTOL RM8 ( boleh campur )


POS LAJU 
RM 6 (S/M) / (S/S)

Nak hilangkan JERAWAT? PARUT? STRETCHMARKS? CELA?
DIJAMIN 500% BERKESAN !!


) Sms "KOD KUPON" ke 012-303 7094 untuk dapatkan diskaun. Sms NOW..!

Mencerahkan kulit yang kusam/gelap
Menyamaratakan tona kulit yang tidak sekata
Melembut dan menghalus kulit
Memberi kelembapan yang sempurna
Mengurangkan dan menghilangkan tompok hitam
Memudarkan parut akibat jerawat
Menghilangkan jerawat
Menghilangkan parut jerawat & cela
Mengurangkan & menyelesaikan masalah jeragat
Mengurangkan kedutan
Penggunaan SERUM berterusan akan membuat kulit lebih bersinar & bermaya tanpa solekan yang tebal.

Cara guna mudah
Cuci wajah dengan pencuci wajah terlebih dahulu
Kemudian sapukan pada bahagian yang berMASALAH sahaja
Kesan paling awal 3 hari selepas penggunaan


Untuk lakukan pembelian pantas, "KOD KUPON " ke 012-3037094. Anda akan dapat balasan automatik dari sistem kami.
DIJAMIN 500% BERKESAN!

GIVEAWAY 2016 TAHUN IMPIAN KITA by Mawar Assufi

Assalamualaikum w.b.t


 Giveaway 2016 TAHUN IMPIAN KITA by Mawar Assufi
Ini adalah Impian Dalam Hidup yang Ingin Aku Capai Dalam Tahun 2016 Ini :

Matlamat yang ingin saya capai ialah menjadi kan tahun 2016 ini sebagai tahun paling bertuah buat kedua ibu bapa Cik Raha. 

KENAPA pula? 

Sebabnya sebagai mak dan ayah kepada Cik Raha, mereka selalu korbankan keinginan mereka demi untuk realisasikan impian anak-anaknya yang seramai 5 orang ni. 

TAPI apa kena mengena dengan Matlamat Cik Raha pula? 

Siapa kata tak ada kena mengena? Tahun 2013-2014 adalah tahun kejatuhan syarikat yang Cik Raha dan kakak tubuhkan. Masa tu adalah giliran Ayah dan Mak menunaikan umrah. Tapi ditunda semata -mata untuk beri laluan pada perniagaan Cik Raha dan kakak..Namun perniagan itu hanya mampu bertahan selama 2 tahun setengah sahaja. 

Apa PERASAAN mak dan ayah ketika itu? 

Orang yang banyak bagi support masa tu adalah mak. Ayah pula hanya tersenyum dan mengatakan ada sebab dan hikmah terjadinya perkara ni..

"2016 TAHUN IMPIAN KITA"
Sekarang ini bukanlah angan -angan lagi. Berharap impian dan cita-cita mak dan ayah akan tercapai.Sebagai anak ini lah matlamat Cik Raha dan adik beradik yang lain. Kami ingin mendahulukan impian mak dan ayah.. Percayalah sahabat bloger sekalian.. Percaya dengan janji Allah yang satu ni..Memang benar sekuat mana pun kita berusaha, sekeras mana pon hati kita tegar namun jangan kita TERLUPA pada doa dan restu Mak dan Ayah kita kerana redha Allah terletak pada redha ibubapa.

Di harap pada tahun ini perniagaan yang Cik Raha usahakan akan berjaya di samping dapat membantu lebih ramai lagi usahawan menjana pendapatan mereka.Untuk mak dan ayah pula insyallah dalam tahun ini perjalan mak dan ayah untuk menunaikan umrah akan terlaksana.Insyallah akan ada beberapa lagi kejutan istimewa untuk mak dan ayah yang selama ini berkorban keiginan untuk memiliki sebuah rumah di atas bukit akan menjadi kenyataan.Yang selebihnya Cik Raha perlukan doa daripada rakan-rakan bloger sekalian.

Terima kasih ..