Sunday, October 04, 2015

4 TEKNIK MARKETING YANG DAH PUPUS

"Saya ada produk tapi bagaimana nak jual..???"
Pernah alami masalah macam ni tak?Setiap kali tengok orang lain jual produk kita pun nak jual produk juga.Tak kira produk apa sekalipun samaada kecantikan,kesihatan atau perkhidmatan.Tapi apakah ilmu yang kita perlu untuk menjual sesuatu produk atau perkhidmatan?

Berikut merupakan beberapa masalah yang mungkin dihadapi oleh kita.

-Apa Akan Jadi Sekiranya Tujuan Iklan Anda Itu Tidak Sampai?
-Niat di hati nak tarik pelanggan, tapi hasilnya pelanggan diam membisu
-Kos Nak Bina Iklan Agak Mahal

Tujuan anda bina iklan adalah untuk memberi info kepada para pelanggan tentang produk anda dan kelebihannya. Bagaimana kalau tujuan anda itu tidak sampai, maksudnya pelanggan tidak faham. Mungkin struktur ayat anda tunggang langgang menyebabkan makumat iklan itu tidak sampai atau mungkin tulisan yang anda gunakan tidak jelas sehingga menyukarkan pelanggan membacanya.
Nak bina ayat jualan, kena ada tekniknya. Ayat yang dibina haruslah bijak merangsang emosi pelanggan supaya segera bertindak dapatkan produk anda. Kalau tidak kena tekniknya, nak dapatkan seorang pelanggan pun belum tentu berjaya.


Nak cipta ayat memukau kurang mahir. Akhirnya, terpaksa upah seorang copywriter untuk bina iklan anda. Nak upah copywriter yang pakar agak mahal, lebih-lebih lagi usahawan baru nak naik. Belum apa-apa dah labur RM100 hingga RM300 untuk upah orang bina iklan. Belum campur lagi bina iklan di website , blog dan sebagainya. Lepas tu bila nak edit balik, kena ‘additional fee’ lagi. Kalaulah pandai nak edit sendiri kan senang.


Pelbagaikan Jenis Dan Teknik Pemasaran Yang Berkesan


Terdapat pelbagi jenis pemasaran terkini yang yang boleh digunakan oleh kita untuk mempromosi produk kita antaranya ialah:
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Blog
Tetapi tanpa teknik promosi yang betul, segala usaha yang kita lakukan akan menjadi sia-sia.

Semoga artikel ini membantu dan memberi manfaat..Terima kasih kerana sudi membaca.

3 comments:

  1. gunakan media sosial yang ada untuk meningkatkan jualan....

    ReplyDelete
  2. usaha mesti dilakukan secara berterusan untuk meningkatkan pendapatan....

    ReplyDelete
  3. semua medium social ni boleh digunakan secara percuma :D

    ReplyDelete