Monday, February 16, 2015

Awak Ni Perfume Cap Bawang Putih Ke?

Assalamualaikum w.b.t

"Awak kenapa busuk sangat bau perfume ni macam bau bawang la!!!"

Pernah tak korang alami situasi ni bila pertama kali korang berjinak-jinak dalam dunia perfume ni?Mungkin ada tapi tak semua kan.Nak pakai minyak wangi bukan boleh main sembur sebarang je,sebab setiap orang tak sama "bau badan".Yelah kalau dah korang atlit sukan tak kan nak pakai wangian yang soft sangat kan?Tak ke bercampur bau tu nanti.Kalau dah jadi camni,inilah yang dikatakan confius identity perfume.Eh betul tak ape yang Cik Raha cakap ni.Erk ni bau badan ke bau perfume ni?Okey..Sebab apa jadi camni,jom Cik Raha share sikit.

Pic ni sekadar hiasan

Semburkan minyak wangi okey, bukannya menggosok
Sangat tidak digalakan untuk menggosok minyak wangi kerana cara ini boleh menyebabkan korang menghancurkan gen/molekul wangian tersebut.Sebab tu la bau wangian korang tu tak meresap dan jadi bau pelik.Sepatutnya korang semburkan minyak wangi tu dalam jarak 15-25cm dari kulit korang.Tak perlu la nak kira tepat.ANGGARAN sahaja okey?
Sembur light je sudah.Tak perlu nak sembur sampai mak kat dapur pun boleh bau.Semburan ringan ni selain dapat membantu wangian ni tahan lama,korang juga dapat berjimat selama mana yang boleh.Kalau kata 125ml tu korang pakai tak sampai sebulan dah habis,uish..dasyat gak korang ni.Maka tahula yang korang ni press heavy asal bau melekat sudah.
Erk!! over sudah minah ni
Di mana korang perlu sembur minyak wangi ni?
Tempat yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi ni adalah pada titik nadi badan. Ini kerana titik nadi adalah bahagian yang mana korang boleh rasakan kadar degupan jantung melalui saluran darah yang terletak berhampiran dengan kulit. Oleh itu, korang digalakkan untuk menyembur minyak wangi pada bahagian belakang telinga, pangkal tekak, pergelangan tangan, siku dan belakang lutut. Dengan cara ini, bauan minyak wangi korang akan bertahan lebih lama.Tak percaya?Percaya la.Ramai kot yang buat.Cume mungkin korang je yang tak tahu..heheh (Sorry gurau je)
Kulit Berminyak boleh ke sembur perfume?
Eh apsal pulak tak boleh??Tahukah korang bahawa bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering? Yup, ini  bukan auta taw tapi merupakan satu fakta yang telah terbukti secara saintifik. Ramai orang melihat kulit berminyak sebagai satu masalah, tetapi sebenarnya ia mempunyai satu kelebihan di mana boleh mengekalkan bau minyak wangi lebih lama. Minyak wangi lebih tahan lama. Sebab itu, jika korang mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama.
p/s : boley share tak perfume apa yang korang suka?
Terima kasih share

Post image for How To Choose And Wear Perfume

Which is my favourite perfume?


Sebarang pertanyaan/order boleh dilakukan di:
SMS/WHATSAPP : 011 2859 2508 



1 comment:

  1. wah, tips yang sangat berguna. habit Zue, sembur kat pergelangan tangan kiri, then lekapkan pergelangan tangan kanan dgn yang kiri pastu, gosok-gosok.. ingat dah betul dah cara tu.. salah rupanya... takpe-takpe, sat ni, Zue ubah habit tu! hee ^_^v

    ReplyDelete