Friday, June 28, 2019

Reaksi Yang Tak Dijangka Pertama Kali Terjumpa XYZ di Rumah Terbuka Hari Raya

Raya kan sebulan.Disebabkan itu bulan ni memang meriah dengan jemputan rumah terbuka.
Time ni la jumpa dengan saudara mara, kawan sekolah dan..hmmm xyz pun ada.

Positif, tarik nafas dalam2 dan cakap "Kita datang nak beraya kan, jadi buatla muka selamba je.Dia tegur kita senyum jela.Tak perlu pun nak dendam dengan dia."

Sebabnya kita dan dia dulu pernah sayang antara satu sama lain kan.Perkara dah lepas pun.Doa yang baik2 sudah.

Belajar untuk lepaskan apa yang bukan lagi jadi hak kita.Allah bagi "pinjam" dia sekejap pun dah okey.Sekurang kurangnya kita tahu, ehh aku ni laku juga taw.Cuma jodoh kami je tak sampai untuk dia jabat tangan tok kadi dan jumpa dengan wali kita.

"Xpela nak, mungkin jodoh kau masih lagi tingkatan 5."

Dalam hati.."erk , beragak la sikit nak cakap pun makcik".

Kalau korang nak baca entry pasal "Masih Single" klik sini ye 



Eh nak pergi mana tu? Jap ye
**********************************

P/S : Hurm, ada ke sesiapa nak yang rambut berkilau dan kulit yang berseri-seri.? Klik Sini


Kulit terhidrat dan lembap


• Merangsang pengeluaran asid hialuronik untuk mengikat dan mengekalkan air dalam sel-sel kulit, memastikan penghidratan dan kelembapan secara optimum ke dalam kulit



Kulit kelihatan lebih muda

• Mengandungi isoflavone secara semulajadi untuk menghalang proses degradasi kolagen dan elastin. Pengambilan protein soya secara berterusan dapat mengurangkan kehadiran kedutan, perubahan warna dan membantu memperbaiki keseluruhan penampilan kulit

Kulit yang licin dan tona kulit sekata
• Bermanfaat dalam meningkatkan tekstur kulit dan membantu mengurangkan pigmentasi untuk kulit yang cerah berseri


Tuesday, June 25, 2019

Sayang Mak Ketat-Ketat.

Assalamualaikum..

Tajuk pun dah gentar bunyinya.Tapi tu la, sebagai manusia biasa dan berpegang kuat kepada Agama Islam, peringatan macam ni memang perlu kita ingatkan dalam diri kita sendiri.



Photo : Pakcik Google

Proses kejadian Eza dan anda semua semasa dalam kandungan pun ada beberapa peringkat.

1) Peringkat Air mani
2) Peringkat Segumpal Darah
3) Peringkat Seketul Daging
5) Peringkat Kejadian Tulang

Maksudnya: “Apabila air mani telah melalui proses selama 42 malam Allah mengutus kepadanya seorang malaikat, maka ia membentuk rupanya, menjadikan pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, daging dan tulangnya, kemudian malaikat bertanya: Wahai Tuhan, janin ini lelaki atau perempuan? Maka Allah telah menentukan apa yang dikehendakinya, dan malaikat menulisnya…”. [Sahih Muslim No. 2645].

Masa eza dalam kandungan mak selama 9 bulan dulu apakah agaknya yang mak terpaksa harungi agaknya?Kadang-kadang timbul rasa kasihan kat mak bila dalam usia yang macam ni masih lagi tak betah duduk di rumah.Ada je kerja yang mak akan buat.

Pernah sekali tu selumbar masuk dalam jari mak, sampai bernanah tapi mak buat relax je.Tapi sebab masa tu mak minta eza potong kuku mak, baru eza perasan jari mak bernanah.

Bila tanya kenapa tak buang selumbar ni, mak kata mata dah tak nampak.Haduii...rasa serba salah pulak dengar mak cakap macam tu.Naluri anak kan, rasa sebak tu memang susah nak bendung. Terus capai first aid kit dan cuci nanah tu bersih2.

Sebelum ni mak pernah kena juga tapi yang dulu tu nanah sebab pasir aka batu kecil termasuk kat celah kuku jari mak.Korek punya korek tersembur darah keluar.Malam tu cuma sapu ubat gamat dan besoknya ayah bawa mak cuci luka kat klinik.

Dalam hati kecik ade gak terfikir napa la aku tak belajar rajin-rajin dulu.Mana tahu dapat jadi doktor atau jururawat ke kan..hmmm

Doa Eza semoga Allah sentiasa merahmati mak dan ayah, melindungi mereka dari sebarang marabahaya, tenangkan hati dan jiwa mereka .Moga2 kesemua anak-anak mak ayah ni bergelar anak yang soleh dan solehah.


Amin...



Eh nak pergi mana tu? Jap ye
**********************************
PERTENGAHAN USIA 
Apabila anda memasuki usia pertengahan, badan anda mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot adalah antara isu yang akan dialami. 
Ambil lebih banyak protein untuk:
• Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan.
• Risiko yang lebih rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi.

TIP: Tambah 25g protein soya ke dalam diet harian anda kerana ia telah dibuktikan mampu untuk mengurangkan risiko paras kolesterol yang tinggi.

Klik link ni untuk order




Monday, April 29, 2019

Menulis dan Melukis mana yang paling win?

Assalamualaikum..

Mungkin ada yang tahu dan tahu yang Kak Eza ni memang suka melukis dan menulis.Bila ilham datang nak melukis tu memang akan on the spot buat lukisan tu.Taoi sejak sibuk dengan kerja ni, jadi skill melukis tu terkikis pulak.

Kak Eza bukanlah ada bakat terpendam dalam melukis ni, tapi entahla macam mana boleh terminat pulak nak melukis.
"Drawing is not what one sees but what one can make others see." Edgar Degas
Kalau ada masa nanti Kak Eza upload lukisan yang tah papa tu kat dalam blog ni.

MENULIS pula kak Eza buat sebenarnya lebih pada luahan perasaan dan pengalaman.Walaupun tahu orang tak baca pun blog kita ni, tapi sekurang-kurangnya blog ni mungkin akan jadi sumber rujukan seseorang yang ada bakat terendam menulis.

Menulis ni lebih seronok jika ia berkaitan dengan diri sendiri sebenarnya.Teknik penyampaian kita pun mudah nak diolah berbanding dari cerita perihal orang atau dengan erti kata lain "membawang".
Emosi menulis ni feel dia memang lain macam.Sebab apa yang tersirat dalam hati akan terkeluar secara lisan.Sebab tu bila Kak Eza tengah stress, memang tak bercakap dah dengan orang.Risau nanti tak pasal-pasal emosi kita terbawa-bawa ke luar pulak.


Inspirational Drawing Quotes - Edgar Degas, Dancers In The Wings, 1897-1901
Edgar Degas, Dancers In The Wings, 1897-1901


Kalau dapat kawan yang memahami okeyla, tapi macam mana pula jenis yang baru nak kenal kita nanti boleh jadi gaduh pula.


Okeyla setakat ni jela apa yang kak Eza nak share.Sebab masih lagi belajar untuk mengasah skill menulis yang benar-benar sampai pada orang yang baca ni bukan senang.

Ibarat macam kita baca novel cinta, kan feeling dia sampai tertusuk ke kalbu, sampai kekadang boleh pengaruh kita punya enderlin.

Thank you sebab membaca.




Friday, October 05, 2018

Tak Suka Minum Air Masak? Cara ini mungkin boleh bantu anda untuk kekal cantik.

Assalamualaikum..

Ni memang satu masalah kat cik raha sendiri bila bab minum air ni.Tapi tak la kata tak minum air langsung, cuma bila rasa time "malas" tu datang, Cik Raha hanya minum air bila betul-betul dahaga je.Sekarang ni dah jadi macam satu tabiat pulak.Kekadang lepas makan nasi baru teringat yang cik raha belum lagi minum air.


Korang jangan ikut cara ni ye.Sebab tubuh badan kita ni memerlukan air yang banyak bagi memproses sistem pembuangan nyah toksin dari badan. Dah la malas minum air, bersenam pun ikut suka je jadi macam mana proses kitaran "pembersihan" tu nak berlaku ye tak?Walaupun fakta dah menyatakan, dengan meminum air kosong atau air putih sebanyak 3 liter sehari dapat mengembalikan keanjalan kulit dan nampak seperti awet muda sentiasa, tapi masih ramai lagi yang tak ambil tahu malah suka ambil inisiatif lain dengan memakan produk-produk kecantikan yang berlambak dipasaran. 
Jadi solutionya meh sini cik raha kongsikan sedikit info berkaitan dengan air ni.Mudahan dengan sedikit info ni dapat bantu korang yang susah minum air masak macam cik raha ni.
 

Hasil daripada carian cik raha, setakat ni di Malaysia memang belum ada mana-mana lagi "founder" yang mengeluarkan produk kesihatan menggunakan air buah dalam bentuk "mudah" minum untuk kesihatan badan dari hujung rambut sampaila ke hujung kaki.

Tetapi bagaimana pula untuk yang tak suka minum air macam cik raha ni?Mungkin ada rasanya ada cara lain bagi memastikan korang termasukla cik raha ini minum dalam jumlah yang secukupnya.

CARANYA:


1) Cari buah Strawberi, Oren, Avokado, dan Ceri.(Kesemua buah ni mengandungi air yang bagus untuk kesihatan badan). Blend kesemua buah tersebut secara berasingan.Kemudian masukan ke dalam botol lutsinar.Tak kisah lah botol apa.Selepas itu label la seperti gambar di bawah.


 
 Kredit photo : beauty and go drinks
 
2) Dah siap label tu simpan la dalam peti sejuk.Kalau kata hari tu skin korang tak berapa nak "oum" sangat almaklumla banyak aktiviti luar, Jadi buka peti ais dan capai la botol label " Skin Brilliance"

Kredit photo : beauty and go drinks

3) Tetiba pulak lepas makan korang teringat yang housmate korang kata muka dah "gemuk", then korang ambil la "Skin Detox" pulak.Minum je, tapi jangan lupa Bismillah.
Kredit photo : beauty and go drinks

4) Tengah belek-belek cermin nampak la wajah korang kusam dan tak berapa nak seri sangat, pergi dapur ambil la " Skin Revive" pulak.
Kredit photo : beauty and go drinks

Dah ada semua cara kat atas, tapi masih susah juga nak minum air.Apa kata korang cuba je iktiar yang terakhir ni. Mana tahu yang ni lebih berkesan pula kan?
                                         Kredit Photo : packagingoftheworld.com
 

Sebenarnya ni adalah produk yang dilhamkan khusus untuk kanak-kanak.Memetik daripada artikel (packagingoftheworld.com) .Menurut Kelly seorang pelajar kolej yang berusia 22 tahun ia adalah idea yang sangat hebat kerana sasarannya adalah kepada golongan kanak-kanak bagi mengurangkan masalah obesiti di AS.Dengan erti kata lain mengurangkan pengambilan minuman manis bagi kanak-kanak.
"Laporan Journal of Medicine, proses pemodenan, diet yang teruk dan kurang aktiviti fizikal menyumbang kepada pertambahan berat badan. Lebih 2 bilion kanak-kanak dan individu dewasa menghadapi masalah gemuk dan obesiti, malah mengalami masalah kesihatan akibat berat mereka. Amerika Syarikat (AS) mempunyai peratusan kanak-kanak dan remaja obesiti terbesar di dunia iaitu 13 peratus."

Jika dilihat pada label setiap botol tu pun kita dah rasa nak minum
sebab tertarik dengan bentuk label.Warna yang berbeza dan tidak membosankan mata nak melihatnya tu pun salah satu daya penarik juga..Dari segi rasa ianya mungkin sama macam air alkali tapi sebagai kanak-kanak ia memang sangat mengujakan bila dapat menikmatinya..

Diharap tips ini dapat membantu korang semua menikmati air masak tu bagi tujuan kesihatan dan kecantikan.

Terima kasih kerana membaca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...